Dirimu terhias sebagai sebaik-baik ciptaan..maka jadikanlah dirimu nisa' yang boleh menjadi mujahidah, jihad di jalan Allah..jadikan dirimu antara fatayat yang dijulang..cantik dipandang tetapi susah untuk dipegang..Jadikan dirimu gadis manis yang tak pernah kalah dengan redup panahan mata Adam..Biar nafsumu hidup dalam tarbiyyah di jalan dakwah bertintakan darah dan air mata perjuangan, dititip atas warkah penuh kemuliaan dan dikirimkan untuk mujahidah menuju Tuhan..:)
Sunday, 29 July 2012
Tuesday, 3 July 2012
Khalid Al-Walid..
Tahukah kalian kisah seorang pahlawan Islam yang satu ini?
Tahukah kalian apakah gelaran yang dibawa oleh beliau di sisi Allah?
Khalid Al-Walid..atau lebih dikenali sebagai Pedang Allah..Saifullah dalam Bahasa Arab..Khalid Al-Walid dilahirkan 17 tahun sebelum Nabi Muhammad menerima wahyu pertama..Ayahnya, Walid bin Mughirah adalah ketua Bani Makhzum yang bertanggungjawab dalam hal ehwal peperangan membabitkan suku Quraisy..Bani Makhzum berperanan menyediakan persekitaran yang baik bagi Khalid membesar dan menjadi komander tentera terbaik di Semenanjung Arab pada ketika itu..
Sebelum menganut Islam, Khalid adalah komander tentera suku Quraisy yang memerangi orang Islam dalam perang Badar dan Uhud..Namun, Perjanjian Hudaibiah menyebabkan Khalid tertarik hati dengan Islam..Pada tahun 8 Hijrah, Khalid menganut Islam dan menjadi salah seorang komander tentera Islam yang digeruni dalam sejarah pengembangan agama Islam..
Perang Muktah adalah perang pertama yang disertai oleh Khalid sesudah menganut Islam..Dalam perang itu, tiga orang panglima perang yang dilantik oleh Nabi Muhammad mati dibunuh oleh pihak musuh..
"Saya mesti mengambil panji Islam daripada tangan Abdullah yang sudah mati supaya tentera Islam tidak bertempiaran lari.." Tsabit bin Arqam segera mengambil panji Islam daripada tangan Abdullah bin Rawahah yang sudah mati tersungkur di atas tanah..
"Ah, itu dia pahlawan yang bakal memimpin pasukan Islam' Tsabit bin Arqam memacu kudanya ke arah Khalid bin Al-Walid yang sedang bertarung dengan musuh.
'Wahai Khalid, peganglah panji Islam ini sebagai pengganti panglima pihak Islam." Tsabit bin Arqam menyerahkan panji Islam ke tangan Khalid bin Al-Walid..
"Tidak, saya baru sahaja menganut Islam. Ramai lagi orang Ansar dan Muhajirin yang lebih layak daripada saya.Saudara lebih layak berbanding saya kerana lebih tua dan pernah menyertai perang Badar." jawab Khalid al-Walid, merendah diri di hadapan Tsabit bin Arqam..
"Khalid, saudara lebih tahu taktik dan strategi perang berbanding saya.. Saya mahu saudara ambil panji ini kerana Allah!" balas Tsabit bin Arqam..
"Kamu semua setuju melantik Khalid al-Walid sebagai panglima pasukan Islam? teriak Tsabit bin Arqam ke arah anggota pasukan Islam yang lain agar Khalid berubah fikiran..
"Kami setuju!" sahut yang lain dengan nada gembira menyokong keputusan Tsabit bin Arqam..
"Berjuanglah semua sehingga ke hujung nyawa!" Khalid memegang lalu mencodongkan panji Islam ke hadapan.Dia menunggang kudanya dengan pantas menuju ke arah pasukan tentera Rom yang membanjiri medan peperangan itu..
Patah satu demi satu pedang yang digunakan oleh Khalid al-Walid bagi menentang pihak Rom yang menyerang bertubi-tubi tanpa henti...
BERSAMBUNG.... ^_^

Subscribe to:
Comments (Atom)