Tuesday, 3 July 2012

Khalid Al-Walid..

Tahukah kalian kisah seorang pahlawan Islam yang satu ini?
Tahukah kalian apakah gelaran yang dibawa oleh beliau di sisi Allah?

Khalid Al-Walid..atau lebih dikenali sebagai Pedang Allah..Saifullah dalam Bahasa Arab..Khalid Al-Walid dilahirkan 17 tahun sebelum Nabi Muhammad menerima wahyu pertama..Ayahnya, Walid bin Mughirah adalah ketua Bani Makhzum  yang bertanggungjawab dalam hal ehwal peperangan membabitkan suku Quraisy..Bani Makhzum berperanan menyediakan persekitaran yang baik bagi Khalid membesar dan menjadi komander tentera terbaik di Semenanjung Arab pada ketika itu..

Sebelum menganut Islam, Khalid adalah komander tentera suku Quraisy yang memerangi orang Islam dalam perang Badar dan Uhud..Namun, Perjanjian Hudaibiah menyebabkan Khalid tertarik hati dengan Islam..Pada tahun 8 Hijrah, Khalid menganut Islam dan menjadi salah seorang komander tentera Islam yang digeruni dalam sejarah pengembangan agama Islam..
Perang Muktah adalah perang pertama yang disertai oleh Khalid sesudah menganut Islam..Dalam perang itu, tiga orang panglima perang yang dilantik oleh Nabi Muhammad mati dibunuh oleh pihak musuh..

"Saya mesti mengambil panji Islam daripada tangan Abdullah yang sudah mati supaya tentera Islam tidak bertempiaran lari.." Tsabit bin Arqam segera mengambil panji Islam daripada tangan Abdullah bin Rawahah yang sudah mati tersungkur di atas tanah..

"Ah, itu dia pahlawan yang bakal memimpin pasukan Islam' Tsabit bin Arqam  memacu kudanya ke arah Khalid bin Al-Walid yang sedang bertarung dengan musuh.
'Wahai Khalid, peganglah panji Islam ini sebagai pengganti panglima pihak Islam." Tsabit bin Arqam menyerahkan panji Islam ke tangan Khalid bin Al-Walid..
"Tidak, saya baru sahaja menganut Islam. Ramai lagi orang Ansar dan Muhajirin yang lebih layak daripada saya.Saudara lebih layak berbanding saya kerana lebih tua dan pernah menyertai perang Badar." jawab Khalid al-Walid, merendah diri di hadapan Tsabit bin Arqam..
"Khalid, saudara lebih tahu taktik dan strategi perang berbanding saya.. Saya mahu saudara ambil panji ini kerana Allah!" balas Tsabit bin Arqam..
"Kamu semua setuju melantik Khalid al-Walid sebagai panglima pasukan Islam? teriak Tsabit bin Arqam ke arah anggota pasukan Islam yang lain agar Khalid berubah fikiran..
"Kami setuju!" sahut yang lain dengan nada gembira menyokong keputusan Tsabit bin Arqam..
"Berjuanglah semua sehingga ke hujung nyawa!" Khalid memegang lalu mencodongkan panji Islam ke hadapan.Dia menunggang kudanya dengan pantas menuju ke arah pasukan tentera Rom yang membanjiri medan peperangan itu..

Patah satu demi satu pedang yang digunakan oleh Khalid al-Walid bagi menentang pihak Rom yang menyerang bertubi-tubi tanpa henti...
BERSAMBUNG.... ^_^

Sunday, 13 May 2012

Jom BelaJar BaHaSa AraB..

Bahasa Arab adalah bahasa Jannah..Ini hanyalah sekadar perkongsian kerana ilmu yang baik apa salahnya jika dikongsikan...Ana bukannya pro sangat ckap bahasa Arab nie..jadi, lau ada salah, tolong perbetulkan yea...


1)  Habbu - sayang
2)  Kotala - Bunuh
3)  akala - makan
4)  dharaba - pukul
5) syaja'ah - berani
6)  mirsamun - pen
7)  barakah - keberkatan
8)  jadid - baru
9)  hablu - hubungan
10)  nis yan - lupa
11)  jundi - pemuda
12)  amsi - semalam
13)  jami'ah - universiti
14)  Qabla qalil - sebentar tadi
15)  madi - lepas
16)  sodiki - kawan saya
17)  shatil bahri - pantai
18)  ghadan - esok
19)  akhi akbar - abang sulong
20)  syarikah toiron - syarikat penerbangan
21)  Baidah - telur
22)  shiku latah- coklat
23)  kasir - banyak
24)  Hal - adakah
25) Ainaa - di mana
26)  kam - bila
27)  haza - ini
28)  imsaakun - pegang

Monday, 9 April 2012

Rasullulah dan Buah Limau.. :D

   "Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.
   Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.

   Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

   Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
 
Thankz for your reading..<3

Saturday, 25 February 2012

HaPpY MeMoriEs at zoO NeGaRa...




18 Februari 2012, Sabtu,..
Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba....!!
Hari nie kumpulan Kenegaraan kami akan ke Zoo Negara!!!haha..excited tlbih..
Pukul 6.30 pagi, lepas solat Subuh, kami berkumpul di Foyer KAB..tunggu bas datang..
Oleh kerana pintu pagar ditutup, terpaksalah kami semua 'mengungkas' (bahasa Kelantan) / memanjat pagar..
Semua dah macam Ultraman..hahahah
Sambil tunggu bas 2, sempat lagi semua bergambar..kenangan waktu pagi..semua muka berseri..hihihi
Bas datang kira-kira pukul 6.45...Let's Go..!!!
On the way, biase la semua mengantuk..time 2 la ada yang landing x tentu pasal..
Macam-macam gaya.. Semua ter'expose'..hahah
8.00 pagi, kami tiba di perkarangan Zoo Negara..cantik & sunyi cuz x bukak lagi..
Kami diberi taklimat oleh pegawai Zoo Negara...then, kami dibahagi kepada beberapa kumpulan..Aku bersama Mez, Naja and Din..
Kami menuju ke Station masing-masing...dan my team at Savannah Walk...tempat mamalia..

Kami disuruh supaya memakai kasut untuk tugas membersih kandang dll.
Then, kami berempat dibahagikn plak kpada 2 group..Aku dan Din  kena bersihkan laluan kat kawasan Stesen kami..Mez dan Naja kena bersihkan kandang Landak..(Malayan Porcupine)..
Time Aku dan Din bersihkan laluan tu, Kami tengok la seekor haiwan nie..x tau la orang panggil ape...cam Memerang besar..Sekali Din tegur, terus haiwan tu tegur dy balik..dh la wat muka garang...dgn spontan kwanku tu mlompat lari...hahahah..nk pecah prut glak kt dy ari 2h... then, kami intai tempat kurungan y satu lagi..tengok2 je seekor singa betina tengah tengok kami..rase nk je cabut lari time 2..depan 2 plak ada Hyena,
tengok cara Hyena senyum..hahaha
 yang bunyi cam hantu mengilai..eeeii...seram betul...cpat2 kami bersihkan tempat 2h...
Hampir jam 10, kami diberi rehat selama 1 jam..dengar cerita dari Mez dan Naja,,teruk jugak dyorg kene kejar dgn landak...Landak 2 memang jinak,,tapi biase la first time jupe semua nk lari...hehehe
Malayan Porcupine!!

Kami pegi rehat di Kantin Zoo..Jumpe dgn group lain..semua muka penat..
Minum air je..hanya tuk hilangkan dahaga...huhuhu
On the way ke stesen Savannah Walk, Din belanja ais krim sorg satu...sedapnye...
Pukul 11, kami tukar kasut..then, kami bertiga, semua perempuan kena bersihkan kandang Pademelon, 
nie la lau korang nak kenal Pademelon...
haiwan yang hampir sama dengan Kanggaru tapi kecil ckit..First time,before tengok haiwan yg bnma Pademelon nie, ingatkan binatang yang makan manusia...dengar cerita dari sorang kawanku nie...semua dah takut time 2..bukak je pintu kandang,...jeng jeng jeng....nak tergelak kami dibuatnye.. tengok binatang 2 just cam Kanggaru..macam mane nk makan manusia lau cam nie..
Kami dibekalkan dengan penyapu sampah 'cok gerak' (Kelantan mari) untuk bersihkan kandang Si Pademelon 2h..
Time tengah syok bersihkan kandang,,tiba2 keluar seekor anak Pademelon dari terowong...dah lari sekeliling kami...entah dy tawaf ktorg bp kali...kami x kira plak..time 2 semua dah jerit...ingatkan Pademelon 2 nk makan kami..huhuh...time 2 terpikir jugak ape la kawan kami sorg lagi tengah buat..
Siap je,kami terus keluar...kami tengok Din tengah potong sayur-sayuran tuk bagi kat haiwan2 jap ag..lepas semua siap, kami bawa bakul dan baldi yang berisi sayur ke kandang Malayan Porcupine...sebelum buka pintu kandang,,dah nampak bayang2 landak 2 kat bawah..takut dah datang..takut kena tembak dengan landak 2..dapat peluru percuma x tentu pasal...hahaha
Masuk je dalam kandang 2,,Ya ALLAH selamatkanlah aku dari landak nie..
Bila je landak 2 datang dekat dgn ku, ape lagi..lintang pukang lari...takut kena tembak..Din cakap Aku penakut..tapi bila je Landak 2 pegi kat dy, lari jugak..Malah,,lari lebih drpd Aku...turn Aku la plak cakap kt dy penakut..hahaha..kawanku yang name Mez kena terkam dengan seekor Landak nie..time tu pak cik Musa nk bagi makan dan nk wat Landak 2 berdiri..pas 2, terkena lutut Mez,..nepik(Kelantan punye) la Mez..ala.. landak main2 je la..terkam2 manja..hahaha..Time nak ambil gambar,Ana duduk je tepi landak 2..dengan muka y nervous dan takut..bila bunyi je klik, Ana terus bangun..lari dr landak 2..fuhhh!!!  
Part yang paling best time kami dapat pegang landak 2..memang best..dulu,,ingat landak nie spesies yang liar, tapi bila dah dapat pegang,best nye..
Next, kami ke kandang Capybara..binatang nie bagi Aku, macam bear tapi x sama mcam bear..jinak betul.. boleh peluk lagi..hehehe..memang best!!!

 nie Capybara time kecil..kami pegi dy dah besar..
Oleh kerana Pegawai Zoo kami ada hal, kami ada masa yang banyak tuk pegi jalan2 di skitar zoo..
Yang paling best, kami dapat ambil gambar dengan Foreigner..!!
Kami pegi kat kawasan reptilia..tengok macam2 ular..
tengok je orang pegang ular sawa, teringin jugak nk pegang..


Din dan Naja x nk pegang..nasib baik la Mez nk..untung ada kawan yang sama minat adventure...hahah
Rase je ular 2 kat leher kami, x tau nk kata ape..teruja n excited ada..takut kena patuk pon ade..Bila kami dah pegang, semua orang datang ambil gambar...macam artis la plak..hahaha...dah la muka cuak...
Then, kami kembali ke stesen kami...tukar uniform and rehat..tunggu waktu lunch,,some pics..hehehe
lepas makan burger, kami cari surau untuk solat..hujan renyai2..then, kawan kami yang bawa kami tuk ke surau 2 pon sesat..dah la hujan makin lebat..berlari lari dalam hujan...romantik la sangat..hahahaha..
Satu tasik kami pusing...tapi yang frust surau 2 btul2 dekat stesen kami..dah la basah kuyup...!!
Jam 3 petang, kami ke stesen masing-masing...tapi x bleh wat ape2 kije pon cuz hujan...bila hujan dh bhenti, pegawai Zoo ajak kami bagi makan kt Monyet kecil..x tau la name ape..binatang nie makan ulat je..makanan favourite dy..Mez, Naja dan Din semua pegang ulat 2 tuk bagi kat binatang 2..tapi Aku x bleh..Aku x bleh pegang ulat...geli..!!!! x sanggup nk pegang..
Then, kami tengok rakun..cute!!!! bagi makan kat ikan, Hyena dll.
rakun!!
Tiba2, kami dengar bunyi macam ekzos kereta..teka apa??????? bunyi Rhino dlm air...hahahah..x pernah ku dgar Rhino bunyi cam 2..

bunyi cam ekzos kereta..
Pegawai Zoo atau lebih mesra kami panggil Pak Cik Musa, bawa kami pegi jalan2 sekeliling Zoo..
Dapat taste madu asli lagi..Fuhhh!!! terbaik la
macam2 la binatang yang kami tengok...Singa, Rimau.
nie Leopard..name dy Manja..!!


nie Singa ye adik-adik..
nie singa betina nameny Ella..


nie Kangi!!
dan yang paling x tahan kami pegi ke kwasan Apes..
kat sane, macam2 gelagat kami tengok..orang utan yang paling besar dan pipinye dah lanjut pon ada.. Kami panggil orangutan bertapa cuz tiba2 je dy duk atas batu and nmpak cam tengah btapa..
Chimpanzee yang warna hitam 2 wat aksi yang pelik sangat..gelak je la kije kami...hahaha
namenye Mek...nak bknalan k??hahah

Next, kami tengok Penguin.. main2 anak jari dengan penguin 2 best..tiru cara dy jalan...hahaha...macam anak patung..
4.00 petang kami diminta berkumpul untuk bertolak pulang ke UPSI...
our place..heheh

We have so much fun at Zoo Negara...and I hope I can be there again as a volunteer...Cheers...


What can we learn are :
-  It is not easy to be the zookeeper..
-  You need to be more patient and careful when you are with the animals..
-  We need to be nice to them..
-  Animals can feel our love through our treat..

So, be happy when you go there..Feel the good feeling as us..
 keep smiling yeah...

Friday, 6 January 2012

Gunung Menangis Takut Tergolong Batu Api Neraka

   Pada suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib telah pergi bersama-sama dengan  Nabi Muhammad saw.. Pada waktu itu Uqa'il telah melihat berita ajaib yang menjadikan tetapi hatinya tetap bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab tiga perkara tersebut.

   Peristiwa pertama adalah, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. akan mendatangi hajat yakni mebuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon. Maka Baginda s.a.w. berkata kepada Uqa'il, "Hai Uqa'il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya, bahawa sesungguhnya Rasulullah berkata; "Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling atau penutup baginya, kerana sesungguhnya Baginda akan mengambil air wuduk dan buang air besar."

   Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon sudah tumbang dari akarnya serta sudah mengelilingi di sekitar Baginda s.a.w. selesai dari hajatnya. Maka Uqa'il kembali ke tempat pohon-pohon itu. 


   Peristiwa kedua adalah, bahawa Uqa'il berasa haus dan setelah mencari air ke mana pun jua namun tidak ditemui. Maka 
Baginda s.a.w. berkata kepada Uqa'il bin Abi Thalib, "Hai Uqa'il, dakilah gunung itu, dan sampaikanlah salamku kepadanya serta katakan, "Jika padamu ada air, berilah aku minum!"

   Uqa'il lalu pergilah mendaki gunung itu dan berkata kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan 
Baginda s.a.w. itu. Maka sebelum ia selesai berkata, gunung itu berkata dengan fasihnya, "Katakanlah kepada Rasulullah, bahawa aku sejak Allah s.w.t.  menurunkan ayat yang bermaksud : ("Hai orang-orang yang beriman,jagalah dirimu beserta keluargamu dari (seksa) api neraka yang umpannya dari manusia dan batu)." "Aku menangis dari sebab takut kalau aku menjadi batu itu maka tidak ada lagi air padaku." 

   Peristiwa yang ketiga ialah, bahawa ketika Uqa'il sedang berjalan dengan Nabi Muhammad s.a.w., tiba-tiba ada seekor unta yang meloncat dan lari ke hadapan Rasulullah s.a.w., maka unta itu lalu berkata, "Ya Rasulullah, aku minta perlindungan darimu." Unta masih belum selesai mengadukan halnya, tiba-tiba datanglah dari belakang seorang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus. Melihat orang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus, Nabi Muhammad s.a.w. berkata, "Hendak apakah kamu terhadap unta itu ?"

   Jawab orang kampungan itu, "Wahai Rasulullah, aku telah membelinya dengan harta yang mahal, tetapi dia tidak mahu taat atau tidak mau jinak, maka akan kupotong saja dan akan kumanfaatkan dagingnya (kuberikan kepada orang-orang yang memerlukan)." 
  
   Nabi Muhammad s.a.w. bertanya, "Mengapa engkau menderhakai dia?" Jawab unta itu, "Wahai Rasulullah, sungguh aku tidak menderhakainya dari satu pekerjaan, akan tetapi aku menderhakainya dari sebab perbuatannya yang buruk.

    Kerana kabilah yang dia termasuk di dalam golongannya, sama tidur meninggalkan solat Isya'. Kalau sekiranya dia mahu berjanji kepada engkau akan mengerjakan solat Isya' itu, maka aku berjanji tidak akan menderhakainya lagi. Sebab aku takut kalau Allah s.w.t.  menurunkan seksa-Nya kepada mereka sedang aku berada di antara mereka."

   Akhirnya Nabi Muhammad s.a.w. mengambil perjanjian orang Arab kampung itu, bahawa dia tidak akan meninggalkan solat Isya'. Dan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. menyerahan unta itu kepadanya. Dan dia pun kembali kepada keluarganya.



THANKS 4 YOUR READING...:)